Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Mar 1, 2012

Siaran SMS Di TV Mampu Rosakkan Bahasa

Fenomena Siaran SMS Di TV Mampu Rosakkan Bahasa


KUALA LUMPUR – Fenomena siaran rerayap pesanan ringkas (SMS) berbentuk ucapan di skrin televisyen berupaya kepada kerosakan bahasa.
Justeru, stesen-stesen penyiaran di negara ini di minta supaya mengelakkan elemen yang boleh merosakkan bahasa itu.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, stesen penyiaran perlu menggalakkan pengembangan bahasa kebangsaan.
“Sebagai contoh siaran rerayap pesanan ringkas (SMS) berbentuk ucapan di skrin televisyen yang menimbulkan keraguan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pencinta bahasa.
“Meskipun baik sebagai ucapan untuk hari jadi dan ucapan tahniah tetapi boleh menyumbang kepada fenomena merosakkan bahasa jika dibiar berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf pada majlis Perasmian Seminar Bahasa dalam Penyiaran di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Angkasapuri di sini hari ini.
Rais berkata, kemurnian bahasa kebangsaan akan tercemar jika berlaku penyalahgunaan bahasa, kesilapan sebutan, kesilapan yang berulang dan penggunaan bahasa rojak yang meluas dalam masyarakat.
Bagaimanapun, jelasnya, beliau bersyukur kerana kebelakangan ini siaran SMS dengan bahasa kelam-kabut seperti itu semakin berkurangan.
Sehubungan itu, katanya, stesen-stesen penyiar bekerjasama dengan DBP bagi menangani bahasa SMS yang mencetuskan fenomena kelam kabut hingga mewujudkan bahasa rojak.

credit to http://mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">