Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Mar 6, 2012

ISU JUAL BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M) | UUM PANGGIL 113 PELAJAR!


ISU JUAL BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M) | UUM PANGGIL 113 PELAJAR! | Nampaknya isu penjualan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) semakin mendapat perhatian banyak pihak. Setuju atau tak dengan cara ‘tegas’ ini ammboi tetap kesal dengan tindakan pelajar yang boleh dianggap ‘tak bersyukur’ dengan pemberian kerajaan ni. Tolak ketepilah fahaman politik tu, sebab kan kerajaan bagi pada semua. Ambil dan gunakanlah sebaiknya. Menurut laporan akhbar BHarian hari ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memanggil 113 pelajarnya yang disyaki terbabit dengan kes penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sepasang suami isteri untuk siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Naib Canselor UUM, Datuk Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata semua pelajar terbabit yang sudah dikenal pasti identitinya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak universiti sejurus semester baru bermula pada 18 Februari ini. Beliau berkata, UUM kesal dengan tindakan pelajar terbabit yang menyalahgunakan baucar diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar membeli buku akademik, dengan menjualnya kepada pihak lain.
Beliau mengulas kes penjualan BB1M membabitkan 113 pelajar UUM kepada pasangan suami isteri dengan harga RM180 sebagai pertukaran bagi baucar bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan suspek. Pasangan berkenaan berusia lewat 30-an yang dikatakan memiliki kedai buku di ibu negara ditahan polis malam kelmarin selepas siasatan mendapati mereka mendalangi kegiatan yang didedahkan media sebelum ini.
Katanya, pasangan suami isteri itu dikatakan menyewa di sebuah apartmen milik UUM untuk memudahkan urus niaga penjualan baucar itu dengan pelajar universiti terbabit. Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bahagian keselamatan UUM pada 15 Januari lalu kira-kira jam 3 petang di dalam apartmen yang disewa mereka
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan UUM mengesan mengenai kegiatan pasangan terbabit pada 9 Januari lalu, selepas suspek dikatakan menampal poster iklan berhubung perkhidmatan pembelian baucar berkenaan di sekitar kampus sebelum menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">