Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Mar 6, 2012

Kaedah Mengurangkan Masalah Disiplin Pelajar



Beberapa isu yang timbul, cadangan yang ditimbulkan dan maklum balas berkenaan masalah-masalah disiplin pelajar.

ISU 1: Pergaduhan antara pelajar CADANGAN: Perhubungan erat antara ibu bapa, guru, pelajar perlu dijalinkan. Sekiranya perlu pegawai polis perlu dilibatkan.

MAKLUM BALAS: Telah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Permuafakatan peringkat sekolah yang dianggotai oleh pihak sekolah, ibu bapa, pegawai bomba, pegawai polis dan ahli masyarakat setempat.

Jawatankuasa ini telah lama berfungsi dan akan diperkukuhkan.

Nota: [Artikel ini hanyalah artikel yang bersifat akademik semata-mata dan tidak mengambarkan pandangan Organisasi]
Sumber : Tutor


ISU 2: Merokok di kalangan pelajar

CADANGAN: Pelajar diberi didikan mengenai keburukan merokok.

MAKLUM BALAS: Boleh dipertimbangkan dan boleh dilaksanakan kerana ianya dapat membantu mengurangkan masalah disiplin pelajar.

ISU 3: Kurang minat belajar

CADANGAN: Pengambilan dan pemilihan pelajar diketatkan dan kelayakan kemasukan dikaji supaya pelajar yang benar-benar layak dipilih.

MAKLUM BALAS: Telah dilaksanakan dan akan diteruskan proses mengemaskini syarat pengambilan, pemilihan dan kelayakan masuk.

Buat masa ini kelayakan adalah bersesuaian dengan kurikulum setiap kursus dan selama ini permohonan pelajar yang layak sahaja dipilih.

ISU 4: Pelajar datang lewat dan ponteng sekolah

CADANGAN: Pelajar dihukum dan ibu bapa dimaklumkan.

MAKLUM BALAS: Telah dilaksanakan dan memang diamalkan di sekolah (alasan/sebab diberikan oleh pelajar diambil kira sebelum tindakan dibuat).

ISU 5: Kes dadah yang harus dikawal ketat dan diberi perhatian serius

CADANGAN: Pelajar harus diberi nasihat dan ibu bapa harus dimaklumkan. Pelajar perlu disingkir dan dihantar ke pusat pemulihan.

MAKLUM BALAS: Telah dilaksanakan dengan menjalankan sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum tindakan menyingkir pelajar. Buat masa ini belum ada kes dan tindakan menghantar ke pusat pemulihan.

ISU 6: Pergaulan dan pembacaan buku/majalah yang tidak baik.

CADANGAN: Harus diberi perhatian dan dikawal agar pelajar tidak dipengaruhi sehingga melakukan aktiviti tidak berakhlak

MAKLUM BALAS: Telah dilaksanakan. Perhatian telah lama diberi dan sumber pembacaan di perpustakaan adalah terkawal.

CADANGAN-CADANGAN LAIN:

1. Melalui seminar itu, ahli mencadangkan semua pihak memastikan hubungan erat dijalinkan antara pihak pendidik, pelajar dan ibu bapa.

2. Kadet sekolah diberi mandat untuk mengawal disiplin sekolah.

3. Dicadangkan waktu amali bagi pelajar aliran teknik/vokasional dan kemahiran diasingkan untuk mengelak kes perlawanan.

4. Untuk mengesan kelewatan dan ponteng dicadangkan supaya tandatangan kedatangan dilaksanakan untuk tiap-tiap waktu pelajaran.

5. Guru juga harus mengenal pasti alatan mahal, sederhana dan murah tetapi digemari oleh pelajar. Rekod pelajar harus dibuat dengan baik untuk memastikan alatan tersebut tidak dicuri.

6. Pelajar harus diberi tanggungjawab terhadap segala alat yang dikeluarkan atas nama mereka. Mereka perlu bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan berikutan salah guna.

MAKLUM BALAS-MAKLUM BALAS LAIN:

1. Cadangan mengenai memupuk hubungan erat antara pendidik, pelajar dan ibu bapa telahpun dilaksanakan melalui Jawatankuasa Permuafakatan.

2. Langkah mengatasi masalah ponteng dan mengurangkan insiden kehilangan dan kerosakan alat merupakan cadangan-cadangan baik untuk dipertimbangkan.

3. Pertimbangan mengenai kadet mengawal disiplin perlu dikaji dahulu kerana pihak pengawas merupakan status terbaik mengawal disiplin di samping memantapkan peranan pengawas.

4. Kuasa merotan tidak boleh dipertimbangkan kerana ia bercanggah dengan dasar dan peraturan pelaksanaan akta yang sedia ada.

5. Cadangan pengasingan waktu amali yang sememangnya tidak dapat dipertimbangkan memandangkan pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bengkel dan ruang kerja. Bagaimanapun amalan sekarang memastikan kumpulan pelajar tidak akan bertembung dengan menempatkan mereka di dalam ruang yang berlainan di dalam bengkel yang sama.


credit to: http://www.mpkk.org

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">