Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

VISI DAN MISI

oleh admin:nakabu

1.         PENDAHULUAN


1.1       Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

“Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara”.


1.2              Visi dan Misi Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

1.2.1        Visi      : Organisasi yang unggul dan berwibawa dalam semua aspek
                        perkhidmatan pendidikan.
1.2.2    Misi     :Memastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan semua peringkat dilaksanakan secara paling berkesan untuk mencapai matlamat.


1.3       Visi dan Misi Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena

1.3.1    Visi :    SMK Kemena mencapai kedudukan terbaik dalam
bidang akademik , kokurikulum dan sahsiah di Sarawak menjelang tahun 2015.
.
1.3.2    Misi
·         Melahirkan pelajar yang berpegang teguh dan mengamal  nilai-nilai agama.
·         Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat untuk menimba ilmu dan gemilang dalam pembelajaran.
·         Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.
·         Membina sikap rajin berusaha, proaktif, berketerampilan, inovatif dan harmonis dalam pergualan dalam setiap pelajar.
·         Mempertingkat dan memantapkan kemahiran guru agar kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar terjamin.

               1.4     Hala tuju SMK Kemena  
                        Menjadikan SMK Kemena tempat belajar yang mampu melahirkan pelajar yang    
                        mempunyai, mengamal dan berpegang teguh kepada nilai-nilai agama, budaya
                        ilmu, budaya adab dan mampu menonjol dan berjaya dalam aktiviti kokurikulum
                        di peringkat tertinggi.


2.        OBJEKTIF

2.1                 Objektif  Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

Memperluaskan kemasukan kanak-kanak ke sekolah sehingga 100% bilangan kohort umur dan menentukan setiap murid/pelajar mendapat pendidikan formal dan tidak formal yang bermutu dengan sentiasa:

§     Meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan sekolah.

§     Meningkatkan profesionalisme staf.

§     Memperbaiki keadaan fizikal bangunan dan kemudahan sekolah serta keceriaan alam sekeliling.

§     Mempelbagaikan program kurikulum dan kokurikulum sekolah bagi menepati kepelbagaian potensi, bakat dan minat para pelajar.


2.2      Objektif  Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena
                         
2.2.1    Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh;

2.2.2    Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum;

2.2.3    Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia, berbudi pekerti;
                                   
2.2.4    Memupuk suasana harmoni di semua peringkat yang melibatkan guru, ibu bapa, kakitangan dan pelajar;

2.2.5    Memastikan persekitaran pembelajaran, bersih, ceria dan selamat

2.2.6    Memastikan disiplin sekolah terkawal.



2.3       PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEMENA
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
2.3.1      Memastikan kebajikan pelajar dan staf diberi perhatian yang sewajarnya.
2.3.2    Memastikan ujian dan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.
2.3.3    Semua pelajar diberi pendidikan terbaik melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna pada setiap waktu persekolahan. 

Contoh:
o    Buku rekod yang lengkap
o    Guru kompeten dan murid yang reseptif dan bermotivasi agar  pembelajaran berlaku
2.3.4    Semua pelajar diberi peluang yang maksimum untuk memperkembangkan potensi yang ada pada diri mereka bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. 
Contoh:
o    Penguasaan pedagogi mesti berdasarkan tahap pencapaian murid
2.3.5    Membina dan melahirkan insan yang mulia melalui penerapan dan penghayatan amalan nilai-nilai murni berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Contoh:
o    Guru sebagai role model
o    Aktiviti dibuat secara sedar (Pengiktirafan)
2.3.6    Mencipta dan menjamin suasana iklim dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
Contoh:
o    Tong sampah
o    Landskap
o    Papan tanda
o    Kata-kata hikmat
o    Fire drill
o    Lalu lintas
o    Tanda kecemasan
o    Pass pelawat
o    Buku catatan pelawat
o    Buku keluar/masuk pelajar
o    Buku rondaan waden
o    Pelaporan kerosakan sekolah/asrama
o    Pertandingan kebersihan dan keceriaan asrama

2.3.7    Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan cekap kepada kehendak dan keperluan pelajar, ibubapa, masyarakat, Jabatan dan Kementerian.
Contoh:
o    Borang-borang yang diperlukan oleh ibu bapa
o    Tempat letak kereta awam
o    Tempat ibu bapa menunggu-sediakan buku rekod
o    Larangan-larangan di sekolah
o    Panduan pakaian.

2.3.8  Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi mempertingkat                                    prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.