Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Feb 4, 2012

Contohi perjuangan Rasulullah S.A.W: Tuanku Abdul Halim




BERITA HARIAN: AHAD 2012/02/05

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.

Baginda bertitah kegigihan Rasulullah dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zamannya mahupun zaman Khulafa ar-Rasyidin serta sesudahnya sehingga mampu mencapai satu tamadun gemilang.
"Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini Persefahaman Asas Perpaduan Ummah dirasakan bertepatan dengan situasi kehidupan umat Islam pada hari ini yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran semasa.
"Contohilah keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T ke arah melahirkan masyarakat Islam yang hebat serta menjadi contoh teladan dunia," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">