Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Nov 21, 2011

5 Idea Perniagaan Musim Cuti sekolah

Kerja Kahwin


 Waktu cuti sekolah mesti ramai yang nak kahwin kan jadi perniagaan yang berkaitan macam catering untuk perkahwinan,andaman atau solekan untuk pengantin ,khemah dan kerusi ,kad kahwin,hantaran dan macam-macam lagi.Pendek kata perancang perkaheinan,catering,mak andam adalah orang yang paling sibuk sekali dalam bab-bab kahwin ni. Bagi sesiapa yang nak kahwin tu rancanglah perbelanjaan anda dengan berhemah ok.

Kelas Tambahan/Tuisyen
Bagi para pelajar universiti yang dah habis semester mesti sedang merancang nak buat apa cuti ni kan. Apa kata buat kelas tambahan untuk budak-budak sekolah.Kalau satu subjek RM20 untuk seorang ,kalau 5 orang dah RM 100.Kalau sehari ajar 5 orang ,seminggu boleh ajar 35 orang. RM 20 x 35 = RM 700.
Ni baru satu subjek jer cuba bayangkan kalau ada yang amik lebih dari satu.Bayangkan.......$$$$$

Baby Sitter
Kat mana agaknya ibu bapa nak letak anak-anak diorang masa cuti sekolah ni ?Nak hantar kat kampung kesian pulak  atuk dan nenek yang dah tak larat tu kan.Apa kata anda jaga budak-budak yang tengah cuti ni.Kalau both parents bekerja takkan nak cari orang gaji untuk sebulan lebih kan ? Lebih baik cari  baby sitter  yang  boleh tahan dengan perangai budak-budak. Ingat tu ...YANG BOLEH TAHAN...

Camping
Sekarang ni bila bukak surat khabar je dah ada iklan summer camp sana sini.Jadi sesiapa yang memang bekerja dalam bidang ni pasti akan sibuk dan banyak la tempahan untuk aktiviti-aktiviti musim cuti sekolah. Bagi mereka yang ada kepakaran dalam aktiviti lasak boleh anjurkan kelas atau kursus untuk budak-budak sekolah atau pelajar-pelajar universiti yang akan cuti tak lama lagi.

Cuti-Cuti Malaysia
Dah nama pun cuti sekolah maka aktiviti makan angin pasti ada dalam perancangan ibu bapa.Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung boleh jadikan rumah anda sebagai homestay dan rancanglah aktivit yang sesuai untuk para pelancong tak kiralah pelancong tempatan atau luar negara.Homestay bukan setakat rumah kampung  jer tapi rumah teres pun boleh,Saya sendiri menyewa rumah teres sebagai homestay ketika pergi ke Kedah baru-baru ini.Yang penting pastikan tempat tinggal untuk homestay tersebut selamat untuk didiami dan sediakan tempat yang selesa .


credit to http://littlefairuz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">