Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Mar 28, 2012

MSU tawar pengajian berkualiti dalam bidang kritikal untuk lepasan SPM, STPM

  


Kajian pengesanan graduan yang dijalankan setiap tahun menunjukkan 95 peratus graduan MSU mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.



Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu mempertimbangkan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) sebagai salah satu opsyen untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari kerana ia mengutamakan pendidikan berkualiti dan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing.
Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Datuk Rosli Yusof berkata, MSU mengamalkan pendekatan pembelajaran menyeluruh dengan menerapkan elemen seperti pendedahan antarabangsa, komponen latihan industri, kemahiran insaniah, sistem mentoring, dan melibatkan pelajar kepada aktiviti khidmat komuniti demi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
"Pengiktirafan yang diterima dari dalam dan luar negara turut mengukuhkan lagi MSU sebagai universiti yang menawarkan program pengajian berkualiti," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Antara pengiktirafan yang diterima MSU termasuklah Universiti Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi sistem penarafan di kalangan semua universiti di Malaysia serta di akreditasi oleh Accreditations Services for International Colleges (ASIC), United Kingdom (UK).
"MSU juga merupakan kampus perubatan pesisir antarabangsa pertama yang mendapat akreditasi selama lima tahun oleh Malaysia Medical Council (MMC) selain menjadi universiti pertama di luar Jepun yang mendapat pengiktirafan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tommorow (ABEST 21), Jepun," jelasnya.
Tambah Rosli, peluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa turut disediakan melalui Program Pertukaran Pelajaran Antarabangsa MSU.
"Melalui program ini, pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti pengajian di lebih 40 buah universiti di UK, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, Australia, India dan Indonesia yang merupakan rakan universiti MSU," ujarnya.
Menurut Rosli, di samping menawarkan program berkualiti dan diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU turut membantu pelajarnya dalam mendapatkan bantuan kewangan berbentuk biasiswa yang dinamakan Biasiswa Presiden dan Yayasan Presiden.
MSU akan menyertai Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan anjuran Kumpulan Utusan pada 12 hingga 16 Mei ini di Kuala Kangsar, Perak.
Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh MSU, sila hubungi 03-55216868 atau layari www.msu.edu.my.


dipetik dari http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">