Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Mar 21, 2012

559 Calon SPM 2011 Dapat Semua Gred Cemerlang Tertinggi A+

Keputusan SPM 2011 boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS Nombor kad pengenalan Nombor angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 27 Mac 2012.


PUTRAJAYA: Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada 2010.
"Pencapaian keseluruhan calonSPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN)5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">