sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan sebelum atau sesudah setiap filem atau cerita itu akan ada peringatan, “filem ini mengandungi unsur-unsur tahyul dan khurafat, namun hendaklah kita mengesakan ALLAH”. Persoalannya, siapa mahu menonton bahagian ini. Apa dinantikan penonton ialah babak hantu terbang, cara tok bomoh melawan hantu. Ini juga satu hal, adakah tok bomoh itu melawan hantu dengan cara yang syarie dan sesuai dengan agama. Ini mereka bersilat sehingga rumah runtuh!
Oleh itu, banyak hal yang perlu dikaji dan diteliti semula. Ini bukan bererti kita mahu menyatakan siapa salah dan siapa masuk neraka. Kita hanya mahu menyampaikan apa yang disampaikan oleh ALLAH dan apa yang agama kita jelaskan.
Begitu juga filem-filem ditayangkan hari ini sudah menjadi ‘trend’ meng’aurat’kan pelakon. Ada pelakon ketika di luar set lakonan tidak menutup aurat. Namun di dalam TV menutup aurat dan digambarkan sebagai wanita solehah. Ia seperti sudah menjadi trend untuk masuk dalam program TV tertentu dan dilihat sebagai Islami.
Persoalan yang timbul ialah, adakah ini contoh suri tauladan mahu diikuti? Adakah Nabi sengaja melakonkan kehidupan sehariannya untuk dijadikan teladan? Mengapa ALLAH menyuruh kita menjadikan Nabi sebagai qudwah atau contoh? Kerana itu adalah hakikat Nabi kita yang sebenar. Kita tidak bersandarkan kepada kepalsuan juga tidak kepada lakonan.
Berapa ramai orang yang menerima akidah ahlus sunnah dan menerima Islam kerana filem? Mungkin ada, namun kita percaya jumlahnya sangat sedikit. Sebilangan besar orang yang masuk Islam adalah menurut cara-cara dakwah yang syarie, telah diajar oleh ALLAH.
Justeru, sekali lagi saya memberi sokongan penuh kepada Majlis Fatwa untuk mengkaji dan meneliti semula dan kita cadangkan supaya pembikin-pembikin filem ini dikumpulkan dan satu sesi penjelasan diberikan tentang filem dari perspektif Islam.
Kita asyik kata mereka salah dan salah walaupun memang perbuatan tersebut tidak dinafikan salah. Namun apakah penjelasan kita kepada mereka. Ketika ini panggil Majlis Fatwa dan bentangkan kepada mereka mengapa perkara ini salah dan haram.
Apa yang terjadi ialah, mereka (pembikin filem) melihat dari sudut yang berbeza. Kata mereka, kami mahu dakwah. Buktinya mereka menampilkan watak jahat dan watak baik. Mereka juga menyatakan syirik itu salah dan sebagainya.
Tugas kita ialah memberi penjelasan. Itu adalah terbaik untuk mereka. Siapa yang terima, alhamdulillah. Sebaliknya siapa yang tidak mahu terima, setidak-tidaknya kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.
Jangan kita beranggapan mereka sudah tahu. Mereka juga seperti kita. Masih banyak lagi perkara tidak kita ketahui. Jadi kadangkala kita senang menghukum, namun awas membaca / memaklumkan hukum dengan menghukum individu / kelompok secara ‘ta’yin’ (spesifik) adalah dua hal berbeza. Membaca hukum ialah menyampaikan kepada orang ramai tentang hukum-hukum agama. Ini wajib, manakala menghukum orang secara spesifik, si pulan-si pulan berperangai begini, ini situasi lain. Kita tidak wajar bersikap demikian. Kita akan menyebabkan manusia makin jauh dan makin jauh dari agama.
Ini berdasarkan sebuah hadis nabi. Pada suatu hari Nabi berkata kepada Aisyah,:
“Perangai si pulan ini sungguh teruk.” Tiba-tiba lelaki ini datang menemui Nabi, dan mendapat layanan baik. Selepas lelaki ini pulang, Aisyah dengan hairan bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa tadi berkata buruk tentang dia, namun selepas lelaki itu datang kamu melayannya dengan baik?” Nabi jawab, “Sesungguhnya aku pasti akan memberi hadiah kepada seorang lelaki, sedangkan ada orang lain yang lebih aku sukai. kerana aku takut ALLAH campakkan ke dalam neraka.”
Inilah sikap kasih kepada saudara kita. Kerana kita kasihkan saudara kita itulah kita cadangkan ini. Jangan keluar fatwa terlebih dahulu, sebaliknya berikan penjelasan, mengapa ini haram dan mengapa ini salah di sisi Islam. Ini penting kerana cerita hantu ini terbit silih berganti.
Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua daripada kesyirikan drama dan filem hantu yang kian bercambah ini.
- Fathul Bari
dipetik dari http://www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment
class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">