Aktiviti Sepanjang Tahun..

BULETIN TERKINI:

DARI MEJA KPM:

Sep 21, 2011

HARI SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Tanggal 22 September 2011, SMK Kemena akan melangsungkan Hari Sukan peringkat sekolah yang akan berlangsung di Stadium Muhibbah Bintulu. Berikut adalah kertas cadangan jawatan kuasa pengelola dan jawatan kuasa kerja serta bidang tugas masing-masing.  (sebarang perubahna akan dimaklumkan kelak)

JKK Urus setia
JKK Pertandingan dan Perangkaan
JKK Teknik dan Peralatan
JKK Kepegawaian
JKK Protokol, Jemputan dan Sambutan
JKK Perasmian dan Penutupan
JKK Hiasan, Kebersihan dan Keceriaan
JKK Pertolongan Cemas
JKK Dokumentasi, Rakaman, Siar Raya dan Publisiti
JKK Kawalan, Keselamatan dan Lalu Lintas
JKK Hadiah, Sijil dan Cenderamata
JKK Buku Cenderamata/ Program
JKK Hadiah
JKK Makanan dan Minuman Pegawai / Pembantu Teknik dan Jamuan VIP
JKK Lain mengikut keperluan seperti JKK Pengangkutan (pelajar asrama)




Urus Setia
1.1       Mengurus surat pelantikan anggota jawatankuasa pengelola kejohanan;
1.2       Bertanggungjawab atas surat-menyurat kepada pihak-pihak tertentu;
1.3       Mengurus dan memanggil mesyuarat jawatankuasa pengelola;
1.4       Bertanggungjawab mengedarkan segala maklumat mengenai
kejohanan kepada semua yang berkenaan;
1.5       Mengurus serta mengendalikan mesyuarat pengurus-pengurus
pasukan;
1.6       Memohon tempahan kegunaan stadium/venue untuk kejohanan;
1.7       Mengurus pesanan hadiah dan cenderamata;
1.8       Menyediakan peralatan am selain peralatan teknikal;
1.9       Mengurus dan menyediakan anggaran perbelanjaan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola;
1.10    Memanggil mesyuarat post-mortem selepas kejohanan
1.11    Mengurus dan melaksanakan segala ketetapan jawatankuasa
pengelola; dan
1.12    Menyelaraskan tugas-tugas JKK yang lain.



JKK Pertandingan dan Perangkaan
2.1       Sebelum Pertandingan
2.1.1   Menyemak dan mendapatkan pengesahan daripada urus setia
mengenai peraturan-peraturan kejohanan.
2.1.2   Susunan atur cara pertandingan:
2.1.3   Pengurusan rekod:
·         rekod kejohanan
·         borang pendaftaran
·         borang pertandingan
·         buku pertandingan
2.1.4   Taklimat penyelarasan
Memberikan taklimat dan penyelarasan tugas kerja kepada
jawatankuasa pertandingan
2.1.5   Merekodkan borang pendaftaran:
·         memproses
·         menyemak
·         mengasingkan mengikut acara dan peringkat umur
·         menetapkan nombor peserta
2.1.7   Buku rasmi pertandingan:
·         nombor acara
·         nama acara
·         waktu
·         ukuran alatan
·         kedudukan lorong
·         bilangan peserta pertandingan
·         rekod-rekod kejohanan
·         (sekolah/zon/daerah/negeri/kebangsaan)
·         (Catatkan masa, jarak, pemegang rekod, zon, tempat dan
·         tahun rekod dicipta)
2.1.8   Mendapatkan semua borang teknikal acara padang dan
memasukkan semua peserta yang mengambil bahagian
mengikut acara/kategori sebelum menyerahkannya kepada
ketua bilik panggilan/penyelia peserta semasa pertandingan.
2.1.9   Taklimat penyelarasan tugas bersama dengan jawatankuasa
kecil:
JKK Kepegawaian
JKK Hadiah
JKK Kemudahan Padang/Stadium
jawatankuasa-jawatankuasa yang lain yang berkaitan pada
masa yang sesuai sebelum kejohanan


2.2       Semasa Kejohanan
2.2.1   Buku peserta
susunan acara dan diserahkan kepada ketua bilik
panggilan/penyelia peserta
2.2.2   Pengurusan keputusan :- 
·         menerima
·         mengeluarkan
·         mengumpul
·         menjilidkan
·         (mengikut sesi dan hari dengan secukupnya dan
·         mengedarkannya kepada pengurus-pengurus pasukan,
·         bilik seranta, akhbar dan untuk simpanan)
2.2.3   Mengemaskinikan maklumat-maklumat berikut dari semasa ke
semasa dan mengeluarkannya pada setiap akhir sesi/hari:
·         analisis pungutan pingat mengikut kategori/keseluruhan
·         analisis peserta yang telah memecahkan dan menyamai
·         rekod-rekod kejohanan sekolah/negeri/kebangsaan
·         calon peserta terbaik bagi tiap kumpulan umur
·         calon peserta terbaik keseluruhan
·         calon kategori yang lain
2.2.4   Pengurusan keputusan
Mengedarkan naskhah buku atau CD-ROM keputusan rasmi
lengkap kepada pengurus pasukan semasa penutupan rasmi.

2.3.1
2.3.2   Mengemaskan dan memulangkan peralatan yang berkenaan.
2.3.3   Mengemaskinikan rekod kejohanan.
2.3.4   Tugas-tugas lain.


3.0       JKK Teknik dan Peralatan
3.1       Sebelum Kejohanan
3.1.1   Peralatan:
menyemak, menentukan ukuran, berat dan alat di stor
sukan/stadium berada dalam keadaan baik, selamat
digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
(Rujuki peraturan pertandingan)
menyenaraikan dan mendapatkan peralatan sekiranya
berlaku kekurangan/kerosakan
menyusun, menempatkan, menyenaraikan peralatan yang
akan digunakan mengikut susunan acara 3 hari sebelum
pertandingan dijalankan
mengesahkan alatan persendirian peserta (sekiranya ada)
seperti blok permulaan dan lombol bergalah mengikut
piawaian pertandingan (atas permintaan)
3.1.2   Menyediakan pelan trek/staggers, tempat gelanggang yang
akan digunakan dan penerangan diberikan semasa taklimat
pengurus pasukan.
3.1.3   Menyediakan dan melatih 40 - 60 orang murid (mengikut
keperluan kejohanan) sebagai quarter master bagi membantu
jawatankuasa ini mengikut giliran yang telah ditetapkan
3.1.4   Mendapatkan, menyemak, dan memastikan bahawa borangborang
teknikal yang diperlukan cukup.

3.2       Semasa kejohanan
3.2.1   Peralatan:
- mengeluarkan, menyediakan peralatan dan gelanggang
yang akan digunakan mengikut susunan acara dan
menyimpan peralatan semula. wujudkan sistem
keluar/masuk alatan
- mengadakan score board untuk semua acara padang
3.2.2   Menyediakan atau membuat semakan tempat bagi acara
balapan dan padang serta menandakan kedudukan rekodrekod
kejohanan sekolah/negeri/kebangsaan/ ASEAN dan
sebagainya.
3.2.3   Berhubung rapat dengan jawatankuasa pertandingan,
pengurus kejohanan, pengurus teknik, referi-referi balapan,
padang dan luar stadium bagi menentukan semua arena
pertandingan disediakan dengan baik dan diterima sebagai
satu kejohanan yang dijalankan mengikut peraturan-peraturan
pertandingan.
3.2.4   Tugas-tugas lain yang berkaitan dan bertanggungjawab atas
hal-hal teknik yang lain.
3.3       Selepas Kejohanan
3.3.1   Memastikan bahawa semua alatan yang digunakan sama ada
dipinjam atau peralatan stadium telah diurus pemulangannya.
3.3.2   Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu

4.0       JKK Kepegawaian
4.1       Mengenal pasti pegawai-pegawai teknikal yang bertauliah untuk
lantikan pegawai kejohanan.
4.2       Menentukan bilangan pegawai untuk kejohanan.
4.3       Mengurus surat lantikan dan mendapatkan pengesahan bertulis
daripada pegawai-pegawai petugas yang dicadangkan (selaras dengan
urus setia).

4.1       JKK Perasmian dan Penutup
4.1.1   Menubuhkan jawatankuasa kecil perasmian dan penutupan.
4.1.2   Merancang dan menyusun atur cara perasmian pembukaan dan
penutupan termasuk bacaan ikrar.
4.1.3   Mengurus pasukan pancaragam sekolah atau persembahan padang
untuk perasmian pembukaan dan penutupan.
4.1.4   Menyediakan atur cara pentadbiran bagi majlis perasmian pembukaan
dan penutupan untuk makluman dan pengetahuan pegawai-pegawai
yang terlibat dan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan.
4.1.5   Bertanggungjawab terhadap susunan pasukan rumah/kontinjen dan
segala kemudahan peralatan berkaitan dengan upacara perasmian
pembukaan dan penutupan.
4.1.6   Menyediakan juruacara (2 orang) untuk kedua-dua majlis.
4.1.7   Mengadakan raptai pembukaan dan penutupan.
4.1.8   Memberikan taklimat kepada semua pengurus pasukan tentang
perasmian pembukaan dan penutupan semasa mesyuarat pengurus
pasukan.
4.1.9   Mengurus kontinjen-kontinjen dari tempat penginapan ke tempat
upacara perasmian pembukaan dan penutupan.
4.1.10 Mengadakan mesyuarat post mortem selepas kejohanan.
4.1.11 Menyediakan laporan untuk mesyuarat post mortem.
4.1.12 Mengurus dan melaksanakan segala keputusan jawatankuasa
pengelola.

4.2       JKK Pertolongan Cemas
4.2.1   Menubuhkan jawatankuasa kecil.
4.2.2   Mendapatkan anggota-anggota Persatuan St. John Ambulans/Bulan
Sabit Merah untuk bertugas di stadium sepanjang kejohanan.
4.2.3   Memastikan bahawa terdapat seorang pegawai perubatan yang
bertauliah untuk bertugas.
4.2.4   Mendapatkan khidmat sebuah ambulans dan bersedia di tempat
pertandingan sepanjang kejohanan.
4.2.5   Memaklumkan hospital/klinik berdekatan untuk bersedia dan memberi
keutamaan dari segi rawatan sekiranya diperlukan.
4.2.6   Mengadakan mesyuarat post mortem selepas kejohanan.
4.2.7   Menyediakan laporan untuk mesyuarat post mortem.
4.2.8   Mengurus dan melaksanakan segala keputusan jawatankuasa
pengelola.

4.10    JKK Dokumentasi, Rakaman, Siaraya dan Publisiti
4.3.1   Menubuhkan jawatankuasa kecil.
4.3.2   Membuat rakaman kejohanan, perasmian pembukaan dan penutupan
dalam bentuk video dan gambar untuk didokumentasikan.
4.3.3   Menyediakan sistem siar raya.
4.3.4   Memaklumkan pihak penerangan untuk hebahan atau menggunakan
sepanduk/surat siaran untuk menyiarkan kejohanan kepada orang
ramai (perlu mendapatkan kebenaran majlis tempatan).
4.3.5   Mengadakan mesyuarat post-mortem selepas kejohanan.
4.3.6   Menyediakan laporan untuk mesyuarat post-mortem.
4.3.7   Mengurus dan melaksanakan segala keputusan Jawatankuasa
Pengelola.

4.11    JKK Kawalan, Keselamatan dan Lalu lintas
4.4.1   Menubuhkan jawatankuasa kecil kawalan, keselamatan dan lalu lintas.
4.4.2   Kawalan dan Keselamatan:
menasihati guru pasukan tentang keselamatan barang-barang
milik atlet-atlet di kawasan khemah peserta.
mengawasi pintu-pintu masuk ke pentas utama, tempat peserta
dan tempat hadiah.
memastikan bahawa hanya orang yang tertentu sahaja yang
dibenarkan ke dalam arena pertandingan
mendapatkan kerjasama daripada pihak polis berhubung dengan
lalu lintas dan keselamatan sepanjang kejohanan khasnya di
tempat duduk penonton.
mengawal keselamatan semasa rehat di antara sesi pagi dengan
petang.
4.4.3   Lalu Lintas:
mengawal tempat letak kereta terutama sekali semasa
pembukaan dan penutupan. tentukan tempat letak kereta
VVIP/VIP/jemputan/kontinjen.
menyediakan pelekat letak kereta untuk diedarkan kepada
mereka yang terlibat.

4.5       JKK Hadiah dan Cenderamata
4.5.1   Menubuhkan jawatankuasa kecil.
4.5.2   Menerima, menyemak dan memastikan bahawa bilangan hadiah
yang diterima menepati senarai acara kejohanan daripada pembekal
sebelum kejohanan.
4.5.3   Menentukan murid/guru bertugas pada tiap-tiap sesi kejohanan untuk
penyampaian hadiah.
4.5.4   Menyediakan selingan muzik semasa upacara penyampaian hadiah.
4.5.5   Bekerjasama dengan pengurus kejohanan untuk menentukan masa
dan waktu untuk penyampaian hadiah.
4.5.6   Mengadakan satu sistem yang membolehkan pemenang-pemenang
untuk berkumpul bagi menerima hadiah mereka.
4.5.7   Menyediakan cenderamata untuk penyampai hadiah (jika perlu).
4.5.8   Menyediakan            cenderamata untuk diberikan kepada ketua kontinjen
semasa upacara perasmian.
4.5.9   Mengurus penyampaian cenderamata kepada VVIP semasa
perasmian dan penutupan.
4.5.10 Mengadakan mesyuarat post-mortem selepas kejohanan.
4.5.11 Menyediakan laporan untuk mesyuarat post-mortem.
4.5.12 Mengurus dan melaksanakan segala keputusan jawatankuasa
pengelola.





Peralatan dan Kemudahan Acara Balapan
Secara amnya, peralatan dan kemudahan acara balapan adalah seperti yang
berikut:
i           Bendul balapan (untuk menanda garisan sebelah kiri lorong satu).
ii          Tanda tangga hakim.
iii         Tanda tangga penjaga masa.
iv         Kerusi dan meja untuk perakam di tempat hakim dan penjaga masa.
v          16 - 20 buah jam randik.
vi         Hon dan lampu isyarat.
vii        Tempat tiang pusingan dan loceng (acara 800m ke atas).
viii       Tangga dan papan untuk pelepas.
ix         Loud hailer/alat sistem siar raya untuk pelepas.
x          Kotak lorong (2 set jika perlu).
xi         Alat-alat untuk menandakan salah mula.
xii        Papan klip untuk borang-borang.
xiii       Bendera untuk pengadil (kuning/putih).
xiv       Bendera merah untuk menandakan tempat memotong 800 m/4x400 m /
4x200 m (break line).
xv        Kon atau prisma kecil dengan ketinggian tidak melebihi 15 sm.
xvi       (8 –10 unit ).
xvii      Bangku untuk pengadil.
xviii     Bangku panjang untuk pencatat pusingan.
xix       Kad merah dan kuning untuk referi.
xx        Penyapu, kain buruk, bakul sampah.
xxi       Bakul untuk pakaian peserta (individu).
xxii      Kad merah, kuning dan hijau untuk pelepas/penolong pelepas.



Khusus untuk Acara Tertentu
 Acara 400 m dan ke bawah (termasuk 4X100 m, 4X200 m dan
4X400 m):
i Blok mula (8 hingga 10 set).
ii Sekiranya alat foto penamat digunakan, sediakan juga alat salah
mula.
iii Alat penyukat angin untuk acara 100 m, 200 m dan 100 m/
110m/ 200 m lari berpagar.

Acara 5000 m, 5000 m Jalan Kaki dan 10000 m Jalan Kaki:
i Bekas air dan air.
ii Cawan kertas.
iii Span (sponge).
iv Meja.

Acara Lari Berganti-ganti
i Baton (8 – hingga 10 set).
ii Masking tape untuk ketua pengadil (digunakan sebagai penanda
semasa lari berganti-ganti).

Acara Lari Berpagar
i 80 hingga 100 set pagar yang ketinggiannya dan pemberat yang
telah ditetapkan boleh diubah.
ii Troli pagar yang cukup.

Acara Berjalan Kaki
i Kad merah untuk hakim acara berjalan kaki.
ii Papan amaran (white board), posting board (papan bilangan
amaran) dan marker pen.
iii Paddle amaran hakim acara berjalan kaki.



No comments:

Post a Comment

class="fb-like" data-href="www.smkkemena.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true">