dipetik dari http://www.pelikbinajaib.com
Adakah pembaca bersetuju sekiranya saya katakan bahawa wujud banyak perkara ajaib yang tersembunyi di dalam minda kita? Fokus! Minda, bukan tubuh badan dan pancaindera. Minda terbahagi kepada minda sedar dan minda separa sedar. Namun sejauh manakah kita mengguna dan mengaplikasi minda kita seharian? Mari kita kupas dan pelajari apa rahsia minda yang tersembunyi di dalam diri kita sebenarnya. Mungkin terdapat perkara ajaib yang belum dan akan ketahui nanti.
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.